Walk down to memory lane

Fuhh, entry kali nih agak sentimental sikit. bukan sakit mental ok! kali nih i nak tulis dalam BM sahaja sebab daah lama tak tulis karangan yang panjang berjela-jela macam SPM punye format.

Mungkin i agak ketinggalan di belakang sikit bila cakap pasal hal sekolah. maklumlah, dah 2 minggu budak-budak mula belajar. Cakap masa sekolah, i ingat lagi bila kali pertama (fuhh) i masuk sekolah (darjah 1). masa orentasi kiteorang semua kene buat ujian nak tentukan kelas. mulanya i dapat kelas 1 Cempaka. kelas nombor 3 dalam sekolah tuh. tapi lepas test dapat masuk kelas nombor 1 pulak (1 Anggerik). kelas tuh penuh dengan budak-budak pandai. i pon rase ok la time tuh.

Sekolah punye sekolah, i dah tak kisah lagi kalau mak i tak datang masa rehat. kalau dulu, mesti i melalak-lalak sebab mak i tak sampai lagi kat sekolah bawak makanan. sampai ade kakak pengawas tolong pujukkan. (a.k.a kakak angkat la konon) naik je darjah 3, i dapat jadi pengawas sekolah. mak i punye la gembira mak amek! sekolah agama pon i dapat jadi pengawas jugak. lagi la terangkat. mula-mula jadi pengawas, i AGAK garang tapi bile dah naik darjah 4 dah tak kisah ape pon budak-budak nak buat. sukati ko la!

Oh, i ada cakap tak yang i kene turun kelas masa darjah 3. masuk kelas nombor 3 kot. nun jauh dari kawan baik i. *sedih. darjah 4 pulak naik 1 kelas, kelas nombor 2 (4 Cempaka). i memang lemah dalam matematik. sebab tak suka matematik. jadi, tahun tu la jadi mimpi yang tak best(baik) dalam hidup i. cikgu matematik i nih boleh tahan garang jugak tapi kadang-kadang ok pulak. tapi satu hari, die bagi latihan. banyak mak amek sangat la! pastu suruh siapkan sebelum balik. i pon but la macam orang nak bersalin cemasnye. bila i hantar, die kata ade yang salah. so die suruh buat pembetulan. jadi i pon buat la. dah buat pon salah lagi. i ulang alik kat meja guru. separuh kelas dah balik, tapi de jugak yang lain kene tahan macam i.

Lama jugak la. Waktu balik sepatutnya pukul 1 tapi i tak keluar-keluar lagi. mak i pelik la kenapa i tak da kat pintu pagar. kat kelas tuh, i memang kene marah teruk-teruk la dengan cikgu tuh. sampai kene tarik telinga. pastu cikgu tu siap cakap, " kau nih BODOH la! aku dah ajar banyak kali pon tak dapat". mase tuh satu kelas senyap tengok i. ok la, itu i boleh terima lagi sebab memang salah i. yang tak dapat terima masa die tolak kepala i kuat-kuat. memang malu gila masa tuh. banyak kali pulak tu. boleh ke cikgu buat cenggitu kat anak murid die. mana adab kamu? tak belajar etika ke masa kat maktab. i tak dapat nak cakap apa-apa, nangis je.

Dengan bengangnya mak i pon naik kelas. mak i panggil suruh balik. i pon ikut je la sebab dah tak tak tahan dengan cikgu tuh. time kat bawah, mak i marah-marah, " cikgu nih, tak tau ke orang lain pon nak keje jugak. BODOH betul!". rupa-rupanya time tuh ade ustazah yang kerek dengar. sape? tak yah nak sebut name die.

Esoknya, masa matematik. cikgu tuh pon masuk dan mula ceramah die. die cakap, ade cikgu lain dengar mak budak kelas nih cakap die BODOH. fuhh, i terkejut! mulut ustazah tuh memang tak boleh blah. semua tengok kat i. i pon buat tak tau je la. die siap bagi amaran lagi, die doakan anak orang tuh jadi BODOH sampai bila-bila. percaya tak? mulut cikgu nih memang takde insurans betul! i memang la malu time tuh.

Masa periksa akhir tahun i dapat top 5 dalam kelas. giler bangga! i dengar la cikgu tuh borak-borak dengan kawan laki i. die tanya sape dapat nombor 1. kawan i cakap, nih..nih..nih! sampai je nombor 5, dieorang cakap nama i. teruk diam dia. terkejut. nih la anak murid cikgu yang cikgu dok sumpah-sumpah jadi bodoh. amin.

Naik darjah 5, i masuk kelas nombor 1 balik. yeaaaa! sampai la darjah 6. masa UPSR, i dapat semua A untuk semua matapelajaran. suka suka suka! top 10 dalam sekolah lagi. antara pelajar terbaik ok! bukan nak menunjuk tapi i nak tunjuk kat orang yang suka tindas orang lain. mungkin i tak la pandai sangat tapi i usaha. yang sebenarnya, i bukan calon pelajar terbaik sekolah tuh. tapi masa keputusan keluar, nama i naik. cikgu-cikgu yang tak suka i semua terkejut. malas la nak belagak.

jadi moralnya, kalau nak ajar pon biar la bahasa tuh baik sikit. tak kisah la kau garang ke apa ke. janji tak buat sesuatu yang menyakitkan hati orang la. ni lagi 1, tak payah la nak dok rendah-rendahkan budak yang sederhana nih. tak baik!

Kredit kepada cikgu yang banyak tolong i masa sekolah rendah terutamanya Pn. Aidah, Pn. Rosidah, Pn. Muhaini dan ramai lagi. TERIMA KASIH CIKGU!

Comments

Popular Posts